Matanya tertancap ke
dada buku, tapi jiwa dan perasaannya tiada di situ. Teringatkan peristiwa
semalam. Hatinya meronta, memberontak ingin melahirkan rasa gelodak marah yang
membuak dalam dada. Perhatiannya langsung tiada dalam kelas. Hanyut dalam
dunianya sendiri. Papanya buat hal lagi! Alynn dibawa pulang ke Vila Puteri.
Masih terngiang-ngiang lagi suara manja perempuan itu di telinganya, macam
bunyi nyamuk yang menghurung telinga. Rimas! Masih terbayang lagi di matanya
kelakuan-kelakuan tak senonoh papanya. Sakit matanya. Ahh.. Persetankanlah
semuanya itu. Dengusan kasar keluar dari celah bibirnya yang merekah merah itu.
Dadanya berombak kasar. Menahan gelodak rasa.
Saat
ini telinganya terdengar pula rengekan manja Raja Khaleda Mysara.
Terkekek-kekek ketawa. Entah apa yang lucu sangat tak tahulah. Duduk sekumpulan
dengan pelajar-pelajar perempuan lain yang putih melepak dan digelar geng
telur. Kononnya sama seperti kulit mereka yang putih macam telur. Qalish
Widylea mengalih pandang. Menyampah rasanya. Tangan Raja Khaleda Mysara yang
lebih mesra dipanggil Kelly melambai ke arah Danish Imran yang baru tiba ke kelas.
“Come
here. We should talk.” Kata Kelly manja.
“Pasal
semalam, kenapa you tak datang? Lama I tunggu..” Kelly memaut lengan Danish
Imran sambil merengek manja. Danish Imran pula tersenyum.
‘Ah,
dasar lelaki..’ ulas Qalish Widylea dalam hati. Pantas mendengus. Menandakan
ketidakpuasan hatinya.
Danish
Imran terdiam apabila mendengar dengusan Qalish Widylea. Membiarkan Kelly
dengan kata-katanya. Dia sendiri tiba-tiba jadi jelik dengan perangai gadis
itu. Entah kenapa, dia pun tak tahu. Dapat
dilihat Qalish Widylea yang resah di tempat duduknya. Kelly yang semakin bosan
bercakap dengan ‘tunggul kayu’ segera berlalu. Mengisi perut yang lapar.
Mengambil kesempatan yang ada, Danish Imran menghampiri gadis yang beku, dingin
di tempat duduknya. Walaupun zahir gadis itu seperti lelaki, dia tetap tertarik
untuk menghampiri. Mahu mengetuk pintu hati gadis itu untuk mengenal dunia
remaja.
“Que..”
sapa Danish Imran. Qalish Widylea memalingkan muka ke arah lain. Membisu.
“Kau
ada problem ke?? Kenapa kau tak macam orang lain?” cuba menyapa lagi.
Qalish Widylea makin rimas.
Digumpal-gumpal kepingan kertas yang ada di bawah mejanya, kemudian dibaling
tepat ke muka Danish Imran.
“Blahlah! Leave me alone!!” tegas bunyinya.
Tak puas hati dengan
kejadian pagi tadi, Danish Imran ke padang. Dia memandang ke kiri dan kanan
mencari seseorang. Meliar matanya mencari namun masih tak ketemu. Sudah merata
dia mencari sehingga terasa lenguh lututnya.
‘Ish,
mana dia ni!! Time aku nak carila dia
tak ada. Kalau tak ada je aku nampak muka dia tercongok kat sini!’ gerutu
hatinya. Geram.
Dalam
matanya meliar, tiba-tiba dia terpandang sesusuk tubuh di pinggir padang
sekolah. Cahaya matahari sudah mula meredup dilindung awan. Tapi matanya masih
dapat mengenali. Sweater kelabu, topi Quicksilver dan sneakers. Siapa lagi
kalau bukan Qalish Widylea. Sekali pandang, sebijik macam lelaki. Hati nakalnya
mula ingin mengusik.
“Woi,
Que!” laungnya dari jauh.Qalish Widylea tak ambil peduli.
‘Lantak kaulah nak terlolong, nak menjerit macam orang gila. Tak boleh ke nak tengok orang senang?!’ Merengus lagi.
‘Lantak kaulah nak terlolong, nak menjerit macam orang gila. Tak boleh ke nak tengok orang senang?!’ Merengus lagi.
Sejak kehadiran lelaki yang bernama Danish Imran itu ke
sekolahnya, dia tak pernah lagi ada ruang untuk bersenang - lenang. Ada je idea
lelaki tu nak mengacau. Rasa geram, sebal, toksah cakaplah. Dah berbakul-bakul
maki hamunnya dihadiahkan buat lelaki itu, tapi tak paham-paham jugak.
" Woi, tak
dengar ke?!" Jerit Danish Imran di telinga Qalish Widylea. Qalish Widylea
dah menggengam penumbuk. Sakit hatinya. Nak bagi aku pekak ke mamat ni?
"Dah perempuan
tu buatlah gaya macam perempuan. Ingat kau berlagak macam lelaki kudrat kau tu
sama ke dengan aku yang lelaki ni. Bawak-bawakla sedar diri tu sikit."
Danish Imran berkata sinis.
Muka Qalish Widylea sudah mula memerah. Tanda marah. Dadanya
pula berombak kasar. Terus berdiri dan melangkah pergi. Malas nak layan kerenah
Danish Imran.
“ Kau jangan lupa pasal esok! Kalau kau tak datang, maknanya
kau PENGECUT!!” sengaja dia tekankan perkataan pengecut itu. Biar Qalih Widylea
rasa marah, sekaligus menyahut cabarannya. Danish Imran tersengih nakal. Qalish
Widylea menyumpah-nyumpah.
0 comments:
Post a Comment