Jangan
salahkan takdir kalau apa yang terjadi itu tidak seperti yang kita impikan. Tak
sama dengan apa yang kita harapkan. Kita sebagai insan tiada hak untuk
mempertikaikan apa yang berlaku. Ada rahsia di sebaliknya yang tidak kita
ketahui. Janganlah mengeluh kerana ini semua hanyalah cubaan dan dugaan untuk
menguji tahap keimanan kita sebagai hamba.. Sebagai pelakon di pentas yang
bernama bumi, kita mempunyai skrip yang tersendiri. Skrip itu yang dinamakan
takdir.. Berserahlah kepada Yang Maha Esa, kerana Dia lebih mengetahui.
Sesengguhnya Allah itu Maha Adil dan Maha Mengetahui.
Tangisan
tidak lagi memberi apa-apa makna buat dirinya. Meratap dan bersedih atas apa
yang telah terjadi telah tertulis dan tersurat dalam lipatan skrip yang telah
dikhaskan untuknya. Kejadian itu mungkin
telah termaktub dalam untaian perjalanan ceritanya.. Apa yang pasti, kehidupan
hari ini perlu dijalani dengan hati yang tabah. Tapi mampukah dia? Mampukah dia
untuk terus bertahan?
Dia
memeluk tubuh menghadap ke luar jendela. Mengeluh lagi... Entah untuk kali yang
keberapa. Hati siapakah yang tidak pilu apabila kekhilafan orang lain terhenyak
di pundaknya.. Beban itu tergalas di bahunya seorang sahaja. Orang luar lebih
mengerti apa yang dirasainya. Apa yang tersirat di hatinya, hanya dia yang
tahu. Sedih, apabila disisihkan. Mengapa? Kenapa? Kalimah itu berulang kali
mengganggu benaknya. Hingga tak tertanggung rasanya.
‘T.A.K.D.I.R...
Begitu mudah untuk mengungkapkannya.. Perkataan yang terbina dari enam huruf ini,
punya makna yang dalam sekali. Sukar diungkapkan dengan kata-kata. Hanya orang
yang benar-benar menyelami maknanya akan tahu apa itu takdir. Namun siapa
sangka, perkataan yang begitu mudah ini jugalah yang membuatkan aku merana.
Bukan untuk menyalahkan takdir, tapi aku yang merasa segala keperitan yang ada.
Segala pahit maung itu terpaksa aku redah sendiri, walau aku tak mahu. Aku yang
menelan penderitaan seksa ini.. ‘
‘Sungguh, aku bagai tak
berdaya lagi untuk meneruskan langkah kaki untuk merentas jalan kehidupanku
ini..Aku mengah. Mengah berlari apabila dikejar gelombang semalam. Aku dah
penat.. Kehilangan tenaga. Apa yang terjadi begitu perit untuk aku hadapinya
seorang.’
Diari
bewarna putih gading itu ditutup perlahan. Membawa diri berdiri di tepi
jendela, merenung kepekatan malam, bagai merenung jalan-jalan penuh liku yang
harus diredahnya hari esok. Termenung jauh..Cuba menyelami lubuk hati yang kian
parah bernanah. Angin malam yang berpuput lembut tidak mampu merawat hatinya
yang diselubungi resah. Entah bila luka hatinya akan sembuh. Entah hari ini,
esok, atau tidak akan sembuh buat selama-lamanya?’
Baru
sebentar tadi monolog dalamannya menjerit menggelitar, menggegar seluruh urat
saraf yang berselirat dalam jiwanya. Dia merenung ke kejauhan mencari-cari
semangat dan keyakinan yang semakin terhakis, menipis dalam dirinya..
p/s : my first entry. Do leave your comments.. :)

0 comments:
Post a Comment