Pages

Friday, February 15, 2013

Ajarkan Aku Cinta - Bab 1



              Bunyi orang berlari menuruni tangga mengejutkan Mak Esah. Tergeleng-geleng kepala orang tua itu bila melihatkan Leya turun tangga kelam kabut macam kena kejar hantu. Dah berbuih mulut nak tegur, langsung tak makan saman pemilik nama Qalish Widylea binti Zafrul Effendi. Apa lagi yang boleh dibuat selain menggeleng kepala sampai teleng. Tempoh 25 tahun sudah cukup mematangkannya dalam memahami perangai penghuni rumah agam yang terletak di kawasan elit di Port Dickson itu.

Qalish Widylea gadis yang pandai menguruskan diri. Dia tidak banyak kerenah. Meski punya adik beradik yang lain, Leya lebih gemar menyepikan diri. Duduk berjam-jam  dalam kamar beradunya tanpa pernah ada rasa bosan. Rumah banglo itu terlalu besar buatnya. Yang tinggal di situ cuma Qalish Widylea, dan kakaknya, Qamelia Balqis.

Leya sudah banyak berubah. Sekurang-kurangnya, dulu kecoh juga mulutnya bercerita. Dia membawa hati selepas bertengkar dengan papanya. Dia cuba menegur sikap papanya yang telah melewati batas perlakuan sebagai seorang muslim.
           
Kelakuan Datuk Zafrul Effendi yang selalu mabuk setiap kali menjejakkan kaki ke rumah menimbulkan rasa tak puas hati. Perlakuan tidak senonoh papa mereka dengan perempuan cantik yang sering diusung ke rumah amat menjelakkan. Wanita yang dibawa pulang juga silih berganti. Namun, yang paling lama berdampingan dengan papa mereka ialah Alynn. Dengan tahi lalat di pinggir bibirnya menambahkan seri wajah yang dimilikinya. Alynn menggunakan aset kecantikan yang dimilikinya untuk menakluk hati Datuk Zafrul Effendi..Alynn, seorang model yang semakin memuncak naik popularitinya.

Pertengkaran antara Datuk Zafrul Effendi dengan Qalish Widylea membuatkan gadis itu bertambah terluka, menambahkan nanah yang sebati dalam hatinya. Apatah lagi, dia sering dijadikan kambing hitam dalam keluarga itu. Dia dipersalahkan atas semua kejadian yang menimpa keluarga mereka. Kekecewaannya jadi parah. Dia yang rapat dengan Qalish Widylea terasa kehilangan. Gadis itu menjadi pendiam, dan rahsia hati gadis itu tiada siapa yang tahu.Lamunan Mak Esah berkecai menjadi cebisan-cebisan kecil apabila bahunya disentuh Qalish Widylea.

            “ Termenung apa tu,bu? Jauh sangat nampaknya. Macam dah ke negara Jepun..” Qalish Widylea bertanya. Tanpa menunggu jawapan dari Mak Esah, Qalish Widylea pantas duduk di meja makan enam kerusi itu. Mengambil sekeping roti bakar dan mengunyahnya perlahan. Meski gadis itu cuba mengukir secalit senyuman, namun hambarnya tetap dapat ditebak.

            Semalam, Qayyum Iskandar datang lagi. Sebagai abang, dia hanya menambahkan carik luka di hati gadis itu. Tiada lain, pulangnya hanya untuk meminta duit.

            ‘Terkena badi Datuk Zafrul agaknya,tak pernah berenggang dengan perempuan.’ Hati tua Mak Esah berbisik.

 “ Ibu..” panggil Qalish Widylea perlahan menyentakkan Mak Esah dari lamunannya.
Mak Esah duduk di samping gadis itu di meja makan.
“Kenapa Leya? Ada masalah ke?” tanya Mak Esah prihatin. Matanya dapat menangkap keluhan yang lahir dari bibir anak gadis itu.

“Leya tak cukup duit nak bayar gaji ibu bulan ni. Leya minta maaf.. Cuma banyak ni yang ada. Duit yang sepatutnya Leya bagi pada ibu, Abang Is dah ambil separuh..” Katanya sambil menghulurkan dua sampul berwarna coklat.

“Leya janji, bila ada duit nanti Leya akan bayar yang selebihnya..” Keluhnya sekali lagi. Mak Esah tersentak.

“Leya.. Ibu dah anggap Leya macam anak ibu sendiri. Ibu tak kisah pasal duit ni.  Lagipun Haeqal ada bagi ibu duit.. Leya tak payah la susah-susah. Ibu ikhlas tolong Leya.. Haeqal kan tak bagi Leya kerja.. Kalau dia tahu ni, mesti dia marah kat Leya.”

“ Tapi bu, Leya wajib bayar duit gaji ibu.. Leya dah tak boleh nak harapkan Kak Long. Dia kan dah kahwin. Suami dia pun tak bagi dia datang jumpa Leya lagi. Nak harapkan Abang Is, lagi lah tak boleh, yang dia tahu, datang sini mintak duit. Kak Qamy pun ibu tahu kan keadaan dia. Nak bayar kos rawatan dia lagi. Leya kena juga kerja, kalau tak, nanti nak makan apa, bu?”

“Haeqal kan dah cakap, biar dia yang tanggung semuanya. Leya cuma kena fokus belajar aje.” Qalish Widylea mengeluh. Anak teruna Mak Esah tu memang banyak mengambil berat tentang dia dan Qamelia Balqis. Tapi, dia berat hati nak menerima pertolongan lelaki itu. Sudah banyak dia termakan budi.

“Leya nak pergi joging dulu, bu.. Assalamualaikum...”  Tiada jalan lain, dia mengelak lagi. Hanya itu yang dia mampu.

0 comments:

Post a Comment