“ Ish, menyampahnya aku!!! Meluat!”
bentak Qalish Widylea sambil menghempas buku yang dipegangnya. Tersentak
pelajar lain yang ada di dalam kelas 5 Ixora itu. Nazhatul Balqish datang
menghampirinya.
“Kenapa,
Que?” tanya gadis itu perlahan. Dalam keadaan takut-takut, dia bertanya. Angin
Qalish Widylea tak mampu ditebak.
“
Tak habis-habis nak kacau aku! Aku tak kacau diorang pun. Tak reti buat kerja
sendiri ke?” Anginnya masih belum surut. Berombak dadanya menahan marah yang memuncak.
“Apa kau pandang-pandang? Tak reti
nak buat hal sendiri? Menyibuk!!” marah Qalish Widylea lagi kepada rakan
sekelasnya. Menikus masing-masing sambil cepat-cepat membuat kerja
masing-masing. Tak mahu ditengking lagi dengan ‘singa betina’ itu.
“Que..” Panggil Nazhatul Balqish
sekali lagi. Qalish Widylea menghela nafasnya kasar. Meninggalkan Nazhatul
Balqish terpinga-pinga.
Qalish Widylea membasuh muka.
Berharap agar air yang sejuk itu turut sama menyejukkan hatinya yang
menggelegak panas. Menarik nafasnya dalam-dalam bagi menenangkan jiwanya yang
bergelora. Tak semena-mena, Qalish Widylea menghentak tangannya ke birai
singki. Namun sakit yang terasa tak setanding dengan sakit yang dirasakannya
dalam hati saat ini.
Kaki yang melangkah terhenti bila
jalannya dihalang oleh sekumpulan pelajar lelaki.
“ Phewiit….” Siul salah seorang dari
mereka.
Qalish Widylea buat tak tahu. Ingin diteruskan langkah yang terhenti,
namun masih dihalang. Dia ke kiri, mereka ke kiri. Dia ke kanan, mereka ke
kanan.
‘ Aku terjun bangunan ni karang’
geram benar hatinya bila langkahnya dihalang begitu. Dah lah tadi
spesies-spesies ni jugak yang mengacau. Memang nak cari nahas ni. Namun dia
masih boleh bersabar. Ditahan dirinya agar tak menghayun tangannya.
“ Dah tak ada kerja lain nak buat
ke?” tengking Qalish Widylea.
“Uish, garangnya.. nak tercabut
jantung aku ni hah..” kata seorang pelajar lelaki yang bernama Danish Imran
diiringi tawa yang galak oleh rakan-rakannya.
“Takut giler…” sambung seorang
lagi. Makin galak tawa yang berderai
itu.
Qalish Widylea tak mampu lagi bersabar. Nyata, dia orangnya yang panas
baran. Lantas penumbuk sulungnya hinggap di wajah kacak Danish Imran. Terkedu
jejaka tersebut seketika. Yang lain, terus bertempiaran lari. Langsung tidak
disangka yang gadis itu berani menghayun penumbuknya.
‘Puas hati aku.’ Bisik Qalish
Widylea dalam hatinya sendiri. Melangkah terus meninggalkan Danish Imran yang
terlongo. Terkejut benar agaknya lelaki itu.
‘ Ada hati nak kacau aku. Memang dia tak kenal lagi aku ni sape agaknya.
Aku ni bukan tak femes. Satu sekolah
tau aku ni singa. Ambik kau.. Main-main lagi dengan aku! ’ Bisik hati Qalish
Widylea.
Qalish Widylea menapak semula ke kelasnya, memandangkan mata pelajaran
Matematik Tambahan hampir bermula. Tanpa sedar, setiap langkahnya diperhati
tajam oleh Danish Imran. Bagaikan mata helang yang sedang memerhatikan
mangsanya. Hatinya mendengus geram. Tanda tak puas hati.
0 comments:
Post a Comment